Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba, Ariff Mohamed Kassim berkata, sebanyak empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang, BBP Pandan, BBP Keramat dan BBP Wangsa Maju dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.08 tengah hari dan sebanyak 29 anggota serta dua pegawai dihantar bagi operasi memadam dan menyelamat.

“Api berjaya dikawal kira-kira pukul 12.41 tengah hari dan kini operasi memadam kebakaran sepenuhnya sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini,

Tambah Ariff, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. - UTUSAN ONLINE