Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM ) Daerah Pontian, Mohd. Khairul Anuar Ishak, hujan lebat selama dua jam menyebabkan air melimpah masuk ke rumah mangsa.

Katanya, semua mangsa dipindahkan pada pukul 6.30 petang semalam oleh penduduk kampung dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Semua bantuan awal seperti makanan serta keperluan lain telah disalurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) selain pemantauan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Ayer Baloi,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan singgah melawat mangsa selepas menghadiri taklimat persiapan jentera pilihan raya di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parit Sikom. - UTUSAN ONLINE