Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd. Zubil Mat Som berkata, kesemua mangsa tiba di pulau itu malam tadi dalam keadaan lemah kerana terpaksa mengharungi cuaca buruk di laut selama 48 jam.

“Tekong bot berkenaan memaklumkan bot mereka sebenarnya telah dimasuki air ketika dipukul ombak, namun tindakan pantas mereka mengikat tong-tong kosong di sekelilingnya berjaya mengelak bot berkenaan daripada tenggelam.

“Selepas itu, mereka perlahan-lahan balik ke Pulau Gaya menggunakan bot dimasuki air itu sehingga sampai malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kesemua pemancing itu ialah Husni, 48, Mulbin, 52, Romil, 32, Dadit, 23, Joppre, 21, Appril, 18, dan Alkadre, 15. - UTUSAN ONLINE