Dua daripada kumpulan berkenaan, bagaimanapun, berjaya menyelamatkan diri.

Jurucakap bomba memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6 petang mengenai kejadian tersebut sebelum masing-masing sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan BBP Batu Arang digerakkan ke lokasi.

"Kita sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Kita juga mendapatkan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor untuk operasi ini.

"Bagaimanapun, identiti semua mangsa masih belum dapat dipastikan namun berkemungkinan besar melibatkan pemancing yang sering memancing di kawasan tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini. - UTUSAN ONLINE