cimb terbakar 2
 

Ketua Bomba Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri diketuai Zulbada Alior bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan tentang kebakaran itu pada pukul 2.28 pagi.

Katanya, tiba di tempat kejadian, bimba mendapati api sedang marak membakar struktur bangunan bank CIMB di bahagian ruangan bilik mesin ATM dan mesin deposit.

“Api telah memusnahkan 90 peratus ruangan tersebut menyebabkan tiga mesin ATM, tiga mesin deposit dan sebuah mesin cek turut terbakar dalam kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Katanya, tiada kecederaan mangsa dilaporkan dalam kejadian itu, manakala punca kebakaran sama ada melibatkan perbuatan khianat masih dalam siasatan pihaknya serta polis. - UTUSAN ONLINE

cimb terbakar