Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, mereka yang meninggal dunia merupakan masing-masing seorang warga tempatan, warga India dan Bangladesh serta empat warga Nepal.

“16 individu lagi yang dirawat di Hospital Sungai Buloh, Klang, Ampang, Banting dan Kuala Lumpur terdiri daripada seorang warga tempatan, dua warga Bangladesh dan 13 warga Nepal.

“Kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR), namun kita sedang menjalankan pemeriksaan di kedai-kedai berkaitan untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujar Mazlan, setakat ini tiga jenis minuman beralkohol telah dikenal pasti iaitu Mandalay Whiskey, King Fisher Beer dan Grand Royal Whiskey. - UTUSAN ONLINE

Kenyataan polis