Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, mangsa yang cedera berumur 33 tahun itu telah dihantar ke Hospital Kajang oleh sebuah ambulans untuk mendapatkan rawatan segera.

“Kesemua pekerja tersebut sedang melakukan kerja-kerja pembinaan di tapak projek MMC Pembentungan Langat CSTP ketika itu sebelum runtuhan berlaku.

“Runtuhan perancah itu didapati berlaku pada ketinggian bangunan dua tingkat di sebuah bangunan dalam pembinaan,” katanya di sini semalam.

Menurut Jurucakap itu lagi, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.28 petang dan mengerahkan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang untuk ke lokasi kejadian. - UTUSAN ONLINE