Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan, kejadian itu berlaku pada pukul 11.15 malam.

Kerja baik pulih sedang dijalankan dan dijangka pulih Isnin ini.

“Penumpang yang ingin membatalkan perjalanan layak mendapat pulangan tambang penuh atau membuat pertukaran tarikh perjalanan bergantung kepada kekosongan tiket.

“Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi talian Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-2267 1200,” demikian menurut kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE