KTM dalam satu kenyataan memberitahu, kelewatan perkhidmatan tren KTM Komuter dijangka antara 20 sehingga 30 minit dari jadual asal kerana kerja-kerja membaik pulih dijalankan di kawasan terjejas.

Jelas kenyataan itu, kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu turut menjejaskan perkhidmatan keretapi berelektrik (ETS) yang mengalami kelewatan antara 15 sehingga 20 minit.

“Bagaimanapun, perkhidmatan kedua-dua tren dijangka akan beroperasi seperti biasa pukul 4 petang ini.

“Sebarang perkembangan terkini berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Tambah kenyataan itu, orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di 03-2267 1200 atau layari laman sesawang rasmi www.ktmb.com.my untuk maklumat lanjut. - UTUSAN ONLINE