Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, kemalangan yang berlaku pada pukul 6.02 pagi di platform 2, Stesen Tanjung Malim, Perak itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

“Disebabkan kemalangan tren di stesen Tg Malim, tren KTM Komuter laluan Tanjung Malim-Kepong telah mengalami kelewatan daripada jadual asal diantara 20 hingga 30 minit.

“Ini disebabkan penggunaan satu landasan di antara stesen Tanjung Malim - Kuala Kubu Baru. Mohon maaf,” katanya menerusi akaun Facebook rasmi syarikat itu di sini hari ini.

Dalam pada itu, KTMB berkata, bagi laluan KL Sentral-Pelabuhan Klang dan Batu Caves-Pulau Sebang, perkhidmatan KTM Komuter beroperasi seperti biasa.

KTM Berhad turut memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku dan memaklumkan kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB : 03-2267 1200 atau layari Twitter @ktm_berhad.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mualim, Superintenden Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. 

Difahamkan, lima individu cedera dalam kemalangan tersebut.  - UTUSAN ONLINE