Difahamkan dalam kejadian tersebut, tiada mangsa yang terlibat dan seramai sembilan anggota bomba dari daerah ini dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengawal kebakaran.

Jabatan bomba dan penyelamat negeri dalam satu kenyataan memberitahu, kejadian itu melibatkan bahagian belakang treler dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pukul 11.43 pagi. - UTUSAN ONLINE