Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden S. Somu berkata, operasi itu dihentikan selepas pasukan mencari dan menyelamat menemukan kesemua mangsa terlibat dalam kejadian tersebut.

"Operasi dihentikan selepas kita menemukan mangsa terakhir di sebatang sungai berhampiran jambatan Puncak Alam pada pukul 4.45 petang.

"Buat masa ini kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk urusan bedah siasat dan pengecaman oleh pihak waris," katanya dalam sidang akhbar, di sini petang tadi. - UTUSAN ONLINE