Jurucakap bomba memaklumkan, mayat keempat Jeleha Hashim, 48, ditemukan pada pukul 3.45 petang ini iaitu kira-kira 19 kilometer dari lokasi kejadian.

"Mayat wanita tersebut telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses pengecaman dan bedah siasat,” katanya di sini.

Pihak bomba sedang giat menjalankan operasi pencarian seorang lagi mangsa. - UTUSAN ONLINE