Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tragedi Ittifaqiyah ibarat ulangi tragedi di Yan tiga dekad lalu

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengusung jenazah mangsa kebakaran 2
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengusung jenazah mangsa kebakaran di Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat, Kuala Lumpur, hari ini. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Tragedi kebakaran yang mengorbankan 24 orang mangsa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini awal pagi ini ibarat mengulangi kejadian yang berlaku hampir tiga dekad di Padang Lumat, Yan Kedah.

Dalam kejadian pada 22 September 1989 itu, sebanyak 27 pelajar Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah atau dikenali Pondok Pak Ya terkorban selepas asrama menempatkan pelajar terbabit terbakar pada kira-kira pukul 1 pagi yang dipercayai berpunca daripada lilin dinyalakan di bilik asrama.

Selain itu terdapat juga beberapa kejadian pusat tahfiz yang musnah terbakar walaupun tidak membabitkan kehilangan nyawa seperti di dua unit asrama penginapan Maahad Tahfiz Al Baraqah, Sepang musnah dalam kebakaran pada 29 Julai lalu.

Kejadian berkenaan disedari oleh wardan asrama dan kemudiannya telah mengejutkan semua pelajar untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun dalam kejadian awal pagi ini memang cukup menyayat hati apabila pasukan bomba yang pertama tiba di tempat kejadian dapat mendengar suara para pelajar dan guru terperangkap dalam api yang marak meminta tolong.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Hazin, 64, berkata, dia mendengar suara orang meminta tolong tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana pusat tahfiz berkenaan hanya mempunyai satu pintu dan api marak dengan begitu pantas.

“Saya mendengar tiga letupan dan selepas itu tiada lagi suara mangsa yang menjerit meminta tolong,’’ katanya mencerita kejadian yang menyayat hati itu.

Tambahnya, dia cuba memecahkan pintu belakang pusat berkenaan tetapi gagal.

Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, polis tidak mengesyaki sebarang kejadian khianat dalam kejadian pukul 5.41 pagi itu dan bomba berjaya memadam kebakaran yang berpunca dipercayai daripada litar pintas kira-kira sejam kemudian.

Menurut beliau, terdapat 36 pelajar lelaki berusia 14 hingga 17 tahun dan enam guru tinggal di pusat tahfiz terbabit, 14 murid berjaya diselamatkan dan empat orang guru menyelamatkan diri masing-masing.

Kesemua mangsa, jelas beliau, dipercayai meninggal dunia akibat sesak nafas dan mayat ditemui dalam keadaan rentung.

“Enam mangsa yang parah dirawat di Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Amar Singh berkata, jeriji tingkap di premis berkenaan dipasang secara kekal dan tidak boleh dibuka ketika kecemasan menyebabkan mangsa tidak dapat keluar menyelamatkan diri. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain