Kesesakan bermula pada kira-kira pukul 8 malam tadi dan sehingga pukul 1.30 pagi ini aliran trafik masih sesak di kedua-dua arah apabila lori ikan tersebut belum dialihkan.

Kejadian yang berlaku di laluan mendaki kira-kira dua kilometer menuju ke Terowong Menora dekat sini menyebabkan laluan kontra dibuka.

Kesesakan trafik yang teruk menyebabkan perjalanan dari Kuala Kangsar yang sepatutnya hanya mengambil masa setengah jam, memakan masa hampir empat atau lima jam.

Akibat kesesakan sehingga kenderaan tidak dapat  bergerak, ada pengguna yang turun dari kenderaan untuk meninjau keadaan.

Laluan ke utara turut mengalami kesesakan teruk apabila laluan kontra yang dibuka menyebabkan laluan menjadi selorong.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 7.41 malam.

"Dalam kemalangan itu, pemandu lori berkenaan berjaya keluar dari kenderaannya dan tidak mengalami kecederaan," katanya. - UTUSAN ONLINE