Difahamkan kemalangan kira-kira pukul 3.20 petang itu berlaku apabila lori tangki muatan simen dari arah utara itu melanggar pembahagi jalan sebelum masuk ke laluan arah selatan dan merempuh bas berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, tujuh mangsa melibatkan empat lelaki dan tiga wanita yang cedera telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.

"Tiada mangsa yang tersepit dalam kemalangan dua buah kenderaan itu," katanya.-UTUSAN ONLINE