Ahmad Zahid diiringi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki tiba kira-kira pukul 4 petang ini bagi melawat kesemua waris mangsa yang terkorban dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini.

Ketika ini, hujan lebat namun ahli keluarga serta kenalan mangsa dan media tidak berganjak dari pekarangan IPFN bagi menunggu laporan bedah siasat kesemua mangsa.- UTUSAN ONLINE