Terbaharu, dalam kejadian awal pagi ini, mangsa, Fathurezza Khoirul Huda Halimsuyto, 31, dan rakannya, Noor Hidayah Mohamed Rezmi, 27, maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan seluruh badan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kereta jenis Myvi dinaiki kedua-dua mangsa dipandu laju.

"Mangsa datang dari arah Kuala Lumpur dan apabila sampai di Plaza Tol Batu Tiga, mangsa gagal mengawal kereta lalu melanggar tembok batu tol tersebut.

"Pemandu iaitu Fathurezza Khoirul Huda dan penumpang, Noor Hidayah maut ditempat kejadian dan mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE