Kejadian yang berlaku pada pukul 3.50 petang itu menyebabkan Timbalan Pengarah JPJ Kedah, Jamaludin Sharif, 59, mengalami bengkak di lutut dan kaki kanan sementara pemandunya, Mohd. Sayuti Abdullah, 33, cedera di bahu kanan.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kemalangan berlaku sewaktu kenderaan tersebut dalam perjalanan dari Putrajaya ke Kedah.

"Kenderaan yang dipandu melanggar lopak air menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan.

"Kedua-dua mangsa mendapat rawatan awal di Hospital Slim River," katanya, hari ini. - UTUSAN ONLINE