Kementerian Pertahanan Jepun berkata, helikopter SH-60J dilaporkan terputus hubungan kira-kira 90 kilometer di kawasan perairan di wilayah Aomori, semalam.

“Seorang daripada empat anggota tentera yang menaiki helikopter tersebut sudah ditemukan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pihak berkuasa cuba mengesan tiga lagi anggota yang hilang,” katanya.

Kementerian tersebut turut memaklumkan lokasi kotak hitam helikopter berkenaan sudah dikenal pasti namun tidak dapat mengesahkan kejadian sebenar. - REUTERS