Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan berkata, sekolah tersebut yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Uma Sambop, Belaga, SK Beliau Ahad, Subis dan SK Rh Essau, Subis.

“Penutupan tiga sekolah melibatkan seramai 330 murid, 38 guru dan 14 kakitangan awam lain.

“Murid yang terjejas melibatkan 158 orang dari SK Uma Sambop, SK Beliau Ahad (117 murid) dan SK Rh Essau (55 murid).

“Ketiga-tiga sekolah akan dibuka seperti biasa selepas keadaan kembali pulih,” jelas kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE