Dalam kejadian pukul 1 petang itu, mereka yang berumur lingkungan 22 hingga 23 tahun telah diheret arus deras ke tengah laut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rezuan Adnan ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.28 petang dan pergi ke lokasi kejadian bersama kekuatan lima orang anggota bersama sebuah jentera.

Menurut beliau, setiba di tempat kejadian, dua daripada mangsa telah diselamatkan oleh orang awam yang berada berhampiran dengan lokasi kejadian.

"Keadaan laut agak bergelora menyebabkan arus menjadi kuat. Seorang mangsa terakhir yang berada kira-kira 70 meter dari pantai diselamatkan kemudiannya," ujar beliau. - UTUSAN ONLINE