Dalam tragedi kira-kira pukul 6.23 petang itu, mangsa yang dilaporkan hilang ialah Shahir Aqil Shahrun, Khairil Ikmal Danial Zamzuradi dan Ahmad Daniel Firdaus Zubir.

Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, sewaktu kejadian, ketiga-tiga mangsa yang berusia 19 tahun sedang mandi-manda bersama empat rakan.

“Sewaktu mereka berada pada kedudukan 15 hingga 30 meter dari pantai, tiba-tiba datang ombak besar. Empat daripada kumpulan remaja itu sempat menyelamatkan diri dengan berenang ke pantai.

“Namun, ketiga-tiga mangsa gagal menyelamatkan diri lalu hilang dipercayai di bawa arus deras akibat ombak besar terbabit,” katanya di sini hari ini.

Pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada 34 pegawai dan anggota JBPM Terengganu, polis, Angkatan Pertahanan Awam dan Maritim Malaysia digerakkan sejurus menerima laporan.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat dihentikan sementara pada pukul 7.20 malam tadi dan bakal disambung awal pagi esok. - UTUSAN ONLINE