Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 3.56 petang sebelum jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang serta Gombak tiba di lokasi tidak lama kemudian.


Menurutnya, terdapat runtuhan tebing sehingga 80 darjah dan ketinggian 40 kaki di bahagian belakang tiga buah rumah berkenaan serta dikhuatiri tidak selamat untuk diduduki.


“Ekoran itu, anggota bomba telah mengarahkan semua penghuni tiga buah rumah tersebut untuk mengosongkan bangunan dan memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak berwajib. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE