Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian pada pukul 8.20 malam.

“Sebanyak dua jentera pemadam api dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 7 dan Subang jaya dikejarkan ke tempat kejadian dengan kekuatan 16 anggota yang diketuai komander operasi, Mohd. Fiz Mat Dali.

“Kebakaran bermula di rumah tengah dipercayai berpunca daripada litar pintas sebelum merebak ke dua rumah lagi di sebelah kiri dan kanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Sani, kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 9.45 malam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - UTUSAN ONLINE