Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.52 pagi.

Katanya, kemalangan tersebut membabitkan sebuah Perodua Myvi yang dinaiki mangsa dan sebuah lori membawa muatan makanan.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, didapati dua mangsa tersepit di bahagian tempat duduk hadapan dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Dua lagi mangsa lain pula telah dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke hospital menggunakan ambulans. Bagaimanapun ketua operasi dimaklumkan salah seorang daripada mereka meninggal dunia di hospital,” katanya. - UTUSAN ONLINE