Difahamkan, kejadian berlaku selepas mangsa cuba mengikat tali buaian antara tiang pondok dengan sebatang pokok di kawasan itu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Pilah, Leftenan (PA) Aminuddin Suhaimi berkata, kejadian melibatkan dua wanita berusia 34 dan 42 tahun, manakala mangsa lelaki berusia 29 tahun.

Katanya, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima aduan berhubung kejadian pada pukul 12.25 tengah hari dan seramai enam anggota bergegas ke lokasi tersebut.

"Apabila tiba di tempat kejadian, kita dapati tiga mangsa tersebut mengalami kecederaan. Lelaki itu luka di bahagian kepala manakala dua wanita mengalami kecederaan dalaman.

"Mangsa juga telah dibantu oleh anggota Jabatan Perhutanan dan petugas Klinik Kesihatan Terachi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aminuddin memberitahu, ketiga-tiga mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini untuk rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE