Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tiga pelajar mati lemas

mati lemas
Orang ramai membantu menaikkan mayat mangsa lemas di air terjun Hutan Rekreasi Latar Janggut Jeli hari ini. - UTUSAN

JELI 8 Sept. - Tiga pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini ditemukan mati lemas ketika sedang bermandi- manda bersama sekumpulan rakan mereka di air terjun Hutan Rekreasi Latar jangut pagi ini.

Kesemua mangsa ialah Muhd Farid Rozi,18; Putra Izzad Iskandar Zulkifli,18, dan Muhammad Ikram Fais Mohd Faisal,18,.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohamad Sharil Mohamad Sa’aid, mangsa ditemukan di kawasan lubuk air terjun berkenaan kira-kira pukul 11.22 pagi ini.

Katanya, dua daripada mangsa tersebut ditemukan oleh orang awam.

“Difahamkan mangsa datang bersama sekumpulan rakan untuk berkelah di air terjun tersebut. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain