Mereka bertindak demikian selepas mendengar tangisan mangsa, Muhammad Asyraf Rizki Mohammad Zainal yang berseorangan di dalam rumah kira-kira pukul 11.45 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, kanak-kanak tersebut bagaimanapun melecur sedikit di bahagian muka, tangan dan bahu kanan.

"Ketika kejadian, pekerja-pekerja binaan ini sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian di rumah bersebelahan dan mendengar orang ramai menjerit rumah terbakar.

"Kemudian mereka terdengar suara kanak-kanak menangis dari dalam rumah dan bertindak memasuki rumah itu dari arah belakang. Mereka terpaksa menggunakan kayu bagi mengesan kanak-kanak itu kerana rumah dipenuhi asap," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, kanak-kanak itu yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini manakala ketiga-tiga pekerja binaan itu tidak mengalami kecederaan. - UTUSAN ONLINE