Mercy Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, tiga EMT itu terdiri daripada Profesor Dr. Shalimar Abdullah, Dr. Lai Fui Boon dan Dr. Shahridan Mohd. Fathil akan menilai perkhidmatan dan kemudahan hospital sedia ada di Palu.

Jelas kenyataan itu, Shalimar yang juga seorang pakar logistik perubatan berpengalaman juga akan memberi nasihat mengenai penghantaran peralatan perubatan dan penubuhan hospital lapangan di Palu.

“Ketika ini terdapat sembilan hospital, satu hospital lapangan dan empat kapal tentera laut yang dijadikan hospital sementara menawarkan perkhidmatan perubatan di kawasan-kawasan terjejas.

“Walau bagaimanapun, mereka menggunakan sumber terhad dengan kekurangan air bersih, bahan bakar untuk set penjana dan kekurangan kemudahan pemprosesan untuk bahan buangan berbahaya dan bahan toksik. Malah, inkubator di klinik kesihatan juga telah rosak,” jelas kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE