Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 1 Langkawi, Komander Maritim Nurulazme Zakariah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4 pagi semalam dengan bot berkenaan dipercayai karam pada kedudukan 9.8 batu nautika Barat Daya Pulau Cupu.

"Tekong bot tersebut dikenali sebagai Zainurin Ahmad, 50, berasal dari Sungai Petani manakala mangsa kedua yang berasal dari Alor Setar dikenali sebagai Muhammad Awang, 45,"

"Sehingga kini kami masih belum menerima maklumat mengenai mangsa ketiga," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, ketika ini pihaknya menjalankan operasi pencarian dalam lingkungan radius 10 batu nautika dari kawasan bot tersebut dilaporkan karam.-UTUSAN ONLINE