Dalam kejadian pukul 6.45 pagi, bot yang dinaiki oleh tekong, Ai Swee Moi, 61 dan dua awak-awak iaitu Mohd. Najib Saad, 53, dan Ismail Ali, 40, sedang bersauh di kawasan pulau tersebut namun dipukul ombak kuat hingga menenggelamkan bot pukat tunda kelas B yang mereka naiki itu.

Timbalan Pengarah Daerah Maritim I Langkawi, Komander Maritim Nurulazme Zakariah berkata, ketiga-tiga nelayan tersebut dilaporkan keluar ke laut untuk menangkap ikan di perairan Langkawi dari jeti Kuala Kedah dekat sini dua hari lalu.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang menimpa tiga nelayan itu kira-kira pukul 10.45 pagi hari ini dan memulakan operasi mencari dan menyelamat.

“Ketiga-tiga mangsa ditemukan selamat lebih kurang pukul 3.20 petang berhampiran dengan lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa dalam keadaan lemah dan tidak bermaya ketika ditemukan diselamatkan oleh bot nelayan tempatan lain yang lalu di situ,” katanya. - UTUSAN ONLINE