Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang, Yazli Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan daripada ibu mangsa yang memaklumkan kanak-kanak berusia 6 tahun terbabit tersepit pada pukul 11.40 tengah hari.

“Sebanyak sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dengan diketuai Komander Operasi, Md. Ali Othman.

“Setibanya di tempat kejadian, anggota hanya mengambil masa selama tiga minit untuk merenggangkan besi jeriji tersebut menggunakan ‘crowbar’ bagi membolehkan kaki mangsa dibawa keluar,” katanya ketika dihubungi di sini.

Tambah Yazli, kanak-kanak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada ibunya. - UTUSAN ONLINE