Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abduh Ismail ber­kata, kemalangan pada pukul 12.20 tengah malam itu melibatkan dua kereta dan sebuah motosikal.

Menurutnya, mangsa yang maut ialah penumpang kereta pertama, Rafe'ah Jaffar, 57, penumpang kereta kedua, Raveena Christy Rentap, 20, dan penunggang motosikal, Dedi Irawan, 19.

“Pada awalnya, kemalangan dipercayai berlaku melibatkan se­buah kereta dengan motosikal, namun sebuah kereta lain dari arah Kluang menghala ke Ulu Belitung gagal mengelak dan me­rempuh kenderaan berkenaan.

“Akibatnya, tiga individu ma­ut iaitu masing-masing seorang penumpang daripada kedua-dua kereta serta penunggang motosikal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, tujuh lagi mangsa mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Kluang.