Bagaimanapun, identiti mangsa yang maut dan parah belum diketahui kerana kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit itu masih dilakukan anggota bomba.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 3.30 petang.

Katanya, mangsa maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira dari arah Gua Musang ke Kuala Krai cuba memotong di kawasan berbukit dan selekoh tetapi gagal lalu merempuh lori muatan makanan ringan yang datang dari arah bertentangan.

“Akibatnya kereta itu berlanggar secara berhadapan itu menyebabkan semua mangsa tersepit dalam kenderaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE