Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tiga maut, seorang cedera parah, 4x4 bertembung treler

KEMALANGAN

BINTULU 13 Sept. - Tiga maut manakala seorang cedera parah setelah pacuan empat roda (4x4) dinaiki bertembung dengan sebuah treler di Jambatan Sungai Sebemban, Semarakan Jalan Bintulu-Tatau hari ini.

Menurut  Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat negeri, Tiong Ling Hii, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kemalangan tersebut pada pukul  7.45 pagi tadi.

Katanya, dipercayai 4x4 berkenaan dari arah Bintulu menghala ke Sibu manakala treler dari arah Sibu menghala ke Bintulu.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu seramai 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya kira-kira 30 kilometer (km).

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat mangsa terperangkap dalam 4x4 terlibat. Tindakan diambil bagi mengeluarkan mangsa yang mana tiga daripada empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa yang maut telah diserahkan kepada polis mankala seorang lagi mangsa mengalami cedera parah dihantar ke Hospital Bintulu menggunakan ambulans.-UTUSAN ONLINE

 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain