Ketiga-tiga mangsa yang berusia antara 14 dan 21 tahun itu maut di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, ekoran rempuhan tersebut, ketiga-tiga mangsa tercampak ke lorong kedua dan ketiga lebuh raya tersebut.

“Ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, pemandu lori berkenaan yang berusia 30 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - UTUSAN ONLINE