Jurucakap bomba berkata, mangsa yang maut kesemuanya lelaki iaitu penunggang motosikal jenis Kawasaki ZR dan penunggang motosikal Aprillia serta seorang lelaki dalam kereta jenis Perodua Bezza.

"Bomba menerima panggilan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 3.53 petang. Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang bertembung dengan dua buah motosikal berkuasa tinggi.

"Kemalangan menyebabkan dua mangsa maut serta merta manakala seorang lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Seorang lagi mangsa mengalami kecederaan," katanya. - UTUSAN ONLINE