Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 pagi itu ialah pemandu kereta, Chong Mum Tong,47, Len Wee Keong, 42, (penumpang hadapan) dan Chan Yung Sing, 11, (penumpang belakang).


Ketua Polis daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, semasa kejadian, kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Bezza itu dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan menuju Kuala Lumpur.


“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu sebelum melanggar belakang sebuah lori menyebabkan kenderaan berkenaan remuk.


“Kesemua mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE