Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 malam itu ialah Rosli Mat Daud, 38, Rakiah Mat, 64, dan Aidil Ashraff Rizuan, 5, yang mana ketiga-tiga mangsa merupakan penumpang kereta Proton Saga.

Pemandu kereta itu, Rizuan Mat Daud, 34, cedera parah dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini manakala pemandu bas ekspres, Mat Yah Deraman, 50, dan 49 penumpang tidak cedera.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Azly Mohd. Noor berkata, kejadian berpunca daripada kereta Proton Saga yang masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan bas ekspres terbabit.

“Akibat pertembungan itu, kereta Proton Saga berkenaan terbabas masuk ke dalam parit di sebelah kiri bahu jalan menghala ke arah Kuantan.

“Dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi di wad kecemasan Hospital Rompin,” katanya di sini hari ini.

Azly berkata, siasatan diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - UTUSAN ONLINE