Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Sani Harul berkata, nahas pada ukul 9.14 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Exora dinaiki lapan orang, sebuah pacuan empat roda jenis Hilux dan sebuah treler.

“Mangsa yang maut ialah dua lelaki dalam kereta Proton Exora dan pemandu Hilux yang disahkan oleh pihak hospital,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Sani berkata, dua lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak yang tersepit dalam Proton Exora cedera dan dibawa ke Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) untuk rawatan.

“Mayat mangsa maut juga dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat,” katanya. - UTUSAN ONLINE