Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, Bakie Ladin, 33, Jeanity Leah Liana Lily, 9, dan Sai Imong, meninggal dunia di tempat kejadian manakala Lily Kawan, 42, cedera.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri berkata, kejadian tersebut difahamkan berlaku setelah pemandu Proton Wira pada mulanya melanggar Proton Ezora sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Camry.

"Setibanya bomba di situ, empat mangsa melibatkan dua di dalam Proton Wira dan dua lagi di dalam Toyota Camry didapati tersepit dalam kenderaan masing-masing.

"Bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan semua mangsa sebelum pasukan perubatan mengesahkan tiga daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera," katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini sebentar tadi.

Tambahnya, semua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan ambulans untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE