Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kemalangan tersebut melibatkan kereta jenis Toyata Hilux yang dinaiki tiga mangsa yang maut dan sebuah lori muatan akhbar.

Katanya, kemalangan itu dipercayai berlaku setelah kenderaan pacuan empat roda itu melanggar bahagian belakang lori berkenaan dan mengakibatkan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dari kenderaan.

“Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Anggota bomba juga membuat pemantauan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada mangsa lain terlibat,” katanya.-UTUSAN ONLINE