Dalam kejadian kira-kira pukul 10.26 malam itu, mangsa, Syaifudeen Sobree Abdul Rahman, 24, dan Che Wan Hasbullah Che Wan Zubaidi, 22, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Turut terkorban, seorang lelaki dalam sebuah lagi kereta, Mohd. Kamarul Zaman Asdi, 24.

Tiga yang cedera termasuk seorang rakan kepada dua pelatih Diploma Penyejukan dan Penyaman Udara itu, Nik Muhamad Arif Mohd. Afandi, 22, di samping pemandu dan penumpang Proton Wira, Suhaimi Mohd. Yusof, 23, dan Tun Mohd. Shuhairy Tun Mat Rani, 21.

Difahamkan ketiga-tiga pelatih IKM berkenaan dalam perjalanan ke Besut dengan menaiki kereta Proton Iswara yang dipandu Nik Muhamad Arif selepas menurunkan seorang lagi rakan mereka di Kampung Losong Haji Shafie di sini.

Siasatan awal pihak polis mendapati kenderaan pelatih berkenaan bertembung dengan kereta Proton Wira yang datang dari arah bertentangan.

Kesemua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bersama tiga yang cedera untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE