Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, seorang ditemukan di Kampung Mangkawagu manakal dua lagi mangsa ditemukan di Kampung Masaum, Pinangah Tongod.

Katanya, ketiga-tiga mangsa ditemukan terapung di sungai kampung tersebut.

“Maklumat terperinci mengenai mangsa masih belum dapat disahkan. Kita akan beri dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan di sini pagi ini.

Dalam kejadian pukul 12.19 tengah hari pada 1 April lalu, tujuh mangsa masing-masing empat remaja dan tiga kanak-kanak dilaporkan hilang apabila rumah pekerja ladang yang mereka diami ranap akibat tanah runtuh di Ladang Sawit Sen Fu berhampiran Sungai Labau, Tongod di sini. - UTUSAN ONLINE