Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 5.45 petang dan tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati terdapat tiga buah kereta dihempap pokok dan kejadian tidak melibatkan kemalangan jiwa. Operasi melibatkan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Samsol Maarif, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut hadir di lokasi bagi membantu operasi. - UTUSAN ONLINE