Dalam kejadian pada pukul 6.45 pagi itu mengakibatkan pemandu treler, Rosli Hamid, 54, cedera parah selain kenderaan dipandunya itu terputus dua dan hancur pada bahagian depan.

Turut cedera dalam kemalangan itu, dua pemandu kereta iaitu, Lim Sew Peng, 50, dan R. Thanabala, 67.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah treler dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun melanggar treler Rosli yang kemudian terbalik dan terputus dua.

“Rempuhan itu menyebabkan tiga kereta yang melalui kawasan itu turut melanggar enjin treler berkenaan yang terjatuh di jalan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - UTUSAN ONLINE