Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi melibatkan masing- masing sebuah bas ekspress dan motosikal.

“Bas yang dinaiki 17 penumpang serta pemandu dan pembantu pemandu itu terbabas sebelum terbalik di tepi lebuh raya berkenaan.

“Dalam masa sama, seorang lelaki berusia 59 tahun berada di tempat kejadian terkejut serta terjatuh sendiri sehingga mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut. - UTUSAN ONLINE