Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dan kesemua rumah terlibat musnah sepenuhnya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 11.15 pagi daripada orang ramai yang menyaksikan kejadian itu.

“Seramai 34 anggota dan lima jentera dikerahkan ke lokasi dari empat balai bomba melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Sentul , KLCC dan Hang Tuah.

“Setiba dilokasi didapati tiga buah rumah separuh kekal sedang terbakar dan pemadaman berjaya dilakukan,” katanya.

Menurut Khirudin, kebakaran berjaya dikawal 25 minit kemudian selepas bomba menerima panggilan tersebut.

“Unit siasatan kebakaran sedang melakukan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian berkenaan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE