Mangsa, Wan Zainab Wan Daud, 65, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 1.40 petang dan ketika itu dia tiada di rumah kerana menghadiri kenduri yang terletak tidak jauh dari kediamannya.

Bagaimanapun dia lega apabila anaknya, Norlida Yusoff, 25, dan tiga cucu yang berada di dalam rumah ketika kejadian terselamat.

“Ketika saya sampai rumah sudah terbakar, mujurlah anak dan tiga lagi cucu berjaya menyelamatkan diri.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana api marak dengan cepat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE